会员   密码 您忘记密码了吗?
1,504,621 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议
当前位置: 首页> 《加影自由刑》巫語版預購

    

Maka melalui penulisan dan lukisan, Tian Chua mencatat pengalaman dirinya sepanjang 30 hari meringkuk dalam penjara. 

Catatan Tian Chua bukan sekadar berkisar sekitar aktiviti dan kehidupan saban hari di penjara, tetapi termasuk perbualannya dengan pegawai penjara yang juga menyentuh minda pejawat awam, pandangan dan aspirasi mereka terhadap masa depan negara.
 
 
 
Versi Bahasa Melayu
《加影自由刑》巫版預購
 
 
 
 
Lakaran Jiwa Merdeka : Nota Penjara KajangChua Tian Chang
 
Tian Chua, reformis yang memahat ingatan rakyat Malaysia dengan susuk tubuhnya yang kurus di depan trak meriam air berkimia pada zaman Reformasi. Naik turun mahkamah, keluar masuk lokap sudah menjadi sesuatu yang lumrah sepanjang tempoh dua dekad perjuangan politik Tian Chua.
 
Namun, di sebalik imej berani yang ditonjolkan, Tian Chua memiliki jiwa seni yang halus. Tian Chua menggilap semula bakatnya dengan menghasilkan karya seni di sebalik tirai besi. Melalui pengamatannya, Tian Chua berkongsi kisah-kisah dalam Penjara Kajang, malah menyelami falsafah di sebalik fenomena yang berlaku. Meskipun jasadnya terkurung, Tian Chua tetap mempertahankan kebebasan jiwanya – kebebasan untuk memilih yang benar dan mulia, dan kebebasan untuk menolak yang salah dan korup.
 
 
 
 
1. Majalah
 
Tidak lama selepas menjamu sarapan, seorang Cina-Bidayuh dari Sarawak datang mengucapkan salam perpisahan. Dia meminta balik majalah Time Out yang telah dipinjamkan kepada saya. Sayaterbinggung sejenak. Saya sudah lupa di mana saya simpan majalah itu. Seingat saya, saya telah menyerahkan majalah itu kepada orang kerja Indonesia. Saya tidak terfikir pun bahawa satu hari nantidia akan menuntut balik majalahnya daripada saya. Saya rasa bersalah dan amat kesal.
 
Barulah saya sedar, bahawa di sini, setiap benda yang mampu anda miliki adalah amat bernilai. Dalamsituasi tergesa-gesa, dia memesan, Magazine you keep ok?
 
Kamu dah nak keluarkah? tanya saya.
 
Tidak, saya dipindahkan ke blok lain, untuk lima tahun lagi. Nadanya positif, dan optimis, seakan-akan sudah merancang untuk yang kehidupan baru. Apa tidaknya, nyawanya terselamat dari tali gantung lantaran 2 kilogram marijuana.
 
Baru saya ingat bahawa majalah Time Out itu ditulis nama ANDREW di muka depannya. Mungkin namanya Andrew.
 
2. Kucing
 
Penjara sering dipandang masyarakat umum sebagai tempat perhimpunan orang jahat, iaitu penjenayah yang kejam. Imej penjara distereotaipkan, sarat dengan adegan di mana pegawainya suka mendera dengan mengayunkan baton ke arah banduan. Hakikatnya, sama ada banduan yang dikurung, mahupun pihak berkuasa, mereka mengasihi binatang yang kecil. Sisa makanan akan diberikan kepada haiwan. Banduan yang beragama Hindu akan menabur makanan di lantai untuk dipatuk burung. Untuk mereka, ini adalah amalan mulia. Mereka manaruh harapan agar hukuman mereka diringankan, dosa mereka dikurangkan, dan dibebaskan secepat mungkin.
 
Di sini, sesiapa sahaja boleh menyuapkan makanan untuk kucing.
 
Hati insan akan tersentuh dengan nyawa yang kecil dan lemah. Tak kira lanun besar, ataupun kaki judi yang mencuri wang ibunya untuk dipertaruhkan akan tersentuh hatinya apabila berdepan dengan binatang kecil.
 
Sebaliknya, konflik akan wujud sesama manusia. Andainya hubungan manusia sesama manusia tidak diurus-kawal dengan baik, pergaduhan akan berlaku antara pegawai dengan banduan, antara banduan dengan banduan - perselisihan fizikal akan berlaku apabila dan dikendalikan dengan baik.