会员   密码 您忘记密码了吗?
1,503,994 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 大将出版社 > 大将巫文 > Lakaran Jiwa Merdeka:Catatan dari Penjara Kajang
Lakaran Jiwa Merdeka:Catatan dari Penjara Kajang
上一张
Lakaran Jiwa Merdeka:Catatan dari Penjara Kajang
下一张
prev

Lakaran Jiwa Merdeka:Catatan dari Penjara Kajang

作者: Tian Chua 蔡添强
出版社: 大将出版社
商品库存: 20
市场价格: RM35.00
本店售价: RM31.50
购买数量:
collect Add to cart
详细介绍 商品属性 商品标记
Banyak pengalaman Tian Chua sebagai tahanan politik di penjara atas dakwaan yang tidakadil, tetapi tidak menghalangnya mempertahankan permikiran merdeka dan kebebasan minda.
 
Dengan buku terbaru Lakaran Jiwa Merdeka : Catatan dari Penjara Kajang, Tian Chua berkongsi pengalamannya apabila dipenjara selama 30 hari, dan menunjuk tekad untuk meneruskan lawan dengan sistem yang menindas hak asasi manusia.
 
Tian Chua, reformis yang memahat ingatan rakyat Malaysia dengan susuk tubuhnya yangkurus di depan trak meriam air berkimia pada zaman Reformasi. Naik turun mahkamah,keluar masuk lokap sudah menjadi sesuatu yang lumrah sepanjang tempoh dua dekadperjuangan politiknya.
 
Pada tahun 2014, Tian Chua disabitkan oleh Mahkamah Sesyen di bawah Akta Kawasan danTempat Perlindungan 1959 dan dihukum penjara sebulan. Dia dituduh menolak perintah untuk meninggalkan kompleks Pulapol di Jalan Semarak pada 29 April 2012, selepas berada di sana sehari sebelum ketika perhimpunan BERSIH 3. Selepas membuat keputusan Tarik balik rayuan terhadap sabitan, Tian Chua memulakan hukuman penjara tersebut di Penjara Kajang bermula dari 29 September 2017.
 
Pada masa itu, dia amat bersedia utuk membayar, sekiranya harga untuk memgubah system yang zalim dan korup adalah dengan dipenjarakan. Peneriman hukuman penjara ini bukannya satu pengakuan bersalah tetapi untuk menunjukkan kepincangan kerajaan Barisan Nasional.
 
Melalui pengamatannya, Tian Chua berkongsi kisah-kisah dalam Penjara Kajang, malahmenyelami falsafah di sebalik fenomena yang berlaku. Dia juga mengambil berat kebajikan banduan dan mengungkapkan kesusahan yang dialami oleh kakitangan Jabatan Penjara.
 
Di sebalik imej berani yang ditonjolkan, Tian Chua memiliki jiwa seni yang halus. Tian Chua menggilap semula bakatnya dengan menghasilkan karya seni di sebalik tirai besi. Dengan lakaran dalam buku ini, dia memasukkan makanan harian, dimensi sel penjaranya dankemudahan yang ada.
 
Meskipun jasadnya terkurung, Tian Chua tetap mempertahankan kebebasan jiwanya – kebebasan untuk memilih yang benar dan mulia, dan kebebasan untuk menolak yang salah dan korup.