会员   密码 您忘记密码了吗?
1,505,015 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

购买过此商品的人还购买过

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > Pelaksanaan Undang-Undang Islam Di Malaysia:Khayalan Atau Realiti?
Pelaksanaan Undang-Undang Islam Di Malaysia:Khayalan Atau Realiti?
上一张
Pelaksanaan Undang-Undang Islam Di Malaysia:Khayalan Atau Realiti?
下一张
prev next

Pelaksanaan Undang-Undang Islam Di Malaysia:Khayalan Atau Realiti?

作者: Mohamed Azam Mohamed Adil
出版社: Ilhambooks
出版日期: 2018-05
商品库存: 缺货
市场价格: RM50.00
本店售价: RM45.00
购买数量:
collect Add to cart Add booking

您可能也会喜欢下列商品


详细介绍 商品属性 商品标记

Buku ini membahaskan isu, masalah, cabaran dan realiti pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Perlaksanaan undang-undang Islam yang menyeluruh tetapi mengikut kerangka Perlembagaan bukanlah satu khayalan. Ia memerlu perancangan rapi dengan merujuk kepada kehendak Maqasid Al-Shari’ah, fiqh keutamaan serta tuntutan Siyasah Syari’yyah, jauh sekali laungan retorik. Undang-undang Islam yang pernah menjadi undang-undang utama negara suatu masa dahulu perlu kepada pembaharuan supaya ia sesuai dengan tuntutan zaman. Transformasi undang-undang Islam serta peningkatan taraf Mahkamah Syariah supaya ia setaraf dengan undang-undang sivil dan Mahkamah Sivil hendaklah menjadi agenda penting bagi melihat undang-undang Islam yang menyeluruh dapat direalisasikan. Sama dengan Mahkamah Sivil, kewujudan Mahkamah Syariah adalah untuk memberi keadilan kepada pihak yang terlibat. Meskipun begitu, konflik dan pertembungan antara kedua-dua undang-undang sivil dan Syarak dapat dielakkan dengan mengharmonisasikan kedua-dua undang-undang tersebut. Realitinya, undang-undang Islam boleh dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia dengan syarat semua orang Islam mesti mendokong usaha ke arah perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Perancangan yang teliti dan rapi dengan mengambilkira kedudukan masyarakat, kerangka Perlembagaan dan hukum Syarak dalam usaha menggubal undang-undang Islam di Malaysia.

TAN SRI SYEIKH GHAZALI ABDUL RAHMAN

Penasihat, Bahagian Syariah, Jabatan Peguam Negara

PROF. MADYA DR. MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL kini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah Undang-undang Perlembagaan, Konflik Undang-undang Syariah-Sivil, Hak-Asasi Manusia, Undang-undang Jenayah Islam dan Undang-undang Transaksi Islam (Muamalah). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) dari Universiti Malaya sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Undang-undang (LLM) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London.