会员   密码 您忘记密码了吗?
1,505,092 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > Ketokohan dan Sumbangan Pemikir Islam Alam Melayu
Ketokohan dan Sumbangan Pemikir Islam Alam Melayu
上一张
Ketokohan dan Sumbangan Pemikir Islam Alam Melayu
下一张
prev next

Ketokohan dan Sumbangan Pemikir Islam Alam Melayu

作者: Makmor Tumin & Abu Hanifah Haris Ahmad Kamal Ariffin Mohd
出版日期: 2023
商品库存: 20
市场价格: RM60.00
本店售价: RM54.00
购买数量:
collect Add to cart
详细介绍 商品属性 商品标记
Book Description:
 
Buku ini mengemukakan perbincangan tentang ketokohan dan sumbangan lapan orang pemikir dan aktivis dalam Dunia Melayu. Pemilihan tokoh-tokoh berkenaan adalah didasarkan kepada tema kepelbagaian idea dan pendekatan gerakan dan pendidikan Islam yang dicakupi melalui sumbangan tokoh-tokoh berkenaan.

Kelapan-lapan tokoh berkenaan serta idea-ideanya adalah Sheikh Abdul Rauf al-Fansuri dari Aceh dengan peranannya mengharmonikan tasawuf dengan syariah; Kiai Haji Sholeh Darat tokoh besar di Tanah Jawa yang mengedepankan nilai-nilai tasawuf; Sheikh Junid Tola yang peranannya di Perak dalam menghidupkan amalan wakaf; Zainon Sulaiman atau Ibu Zain yang terkenal dalam memperjuangkan kemajuan pendidikan wanita Melayu; Sheikh Muhammad Yasin al-Fadani seorang tokoh Ilmu Hadis yang terkemuka; Abdulfatah Haron Ibrahim pula tokoh penting dalam institusi rasmi berkaitan hal ehwal agama Islam; Haji Mohd Baqi Othman yang aktif dengan kegiatan dakwah di Pahang; dan Auni Abdullah yang dihormati atas gagasannya memperkasa atau mendayai tamadun Islam Alam Melayu

Daripada perbincangan bab-bab dalam buku ini, adalah diharapkan bahawa pembaca akan dapat memahami adanya kepelbagaian metode dan pendekatan dalam mendidik dan mengetengahkan pandangan dan pegangan agama ke dalam masyarakat. Wajar dicatatkan juga bahawa terdapat ramai ulama Alam Melayu yang ketokohan dan sumbangannya tidak diarusperdanakan dan tidak hanya milik kumpulan pengikut, pelajar atau komunitinya sahaja.