会员   密码 您忘记密码了吗?
1,504,621 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > AMANAH: Mekar dalam Api
AMANAH: Mekar dalam Api
上一张
AMANAH: Mekar dalam Api
下一张
prev next

AMANAH: Mekar dalam Api

作者: Dr Muhaimin Sulam
出版社: Ilham Books
出版日期: 2023
商品库存: 20
市场价格: RM40.00
本店售价: RM36.00
购买数量:
collect Add to cart
详细介绍 商品属性 商品标记
Book Description:
 
Buku Amanah: Mekar Dalam Api merupakan memoir perkembangan suatu idealisme melalui likuan yang penuh ranjau dan duri sebuah parti Islam di Malaysia iaitu Parti Amanah Negara. Politik bukanlah suatu persoalan hitam putih yang mudah untuk diputuskan. Menulis kembali cerita lama seperti membuka luka lama yang belum sembuh. Sejarah adalah ibrah buat semua yang ingin maju ke hadapan. Biar sepahit mana sekali sejarah itu diketahui, jika ibrah yang dicari, kemanisan hidup bermasyarakat dan bernegara akan dapat dikecapi maknanya. Buku ini adalah manifestasi sebuah perjalanan politik idealis. AMANAH itu sendiri suatu nilai yang ideal. Suatu cabaran besar untuk sebuah parti politik atau mana-mana ahli politik yang menjadikan nilai amanah sebagai suatu idealisme. Antara persoalan paling kritikal kepada AMANAH setelah berusia lapan tahun adalah apakah idealisme perjuangan politik AMANAH sudah berubah? Apakah perubahan yang berlaku dalam AMANAH? Apakah apabila menjadi sebahagian kerajaan dan bekerjasama dengan musuh politik mereka dahulu membuatkan AMANAH hilang idealisme perjuangan politik mereka? Bagaimanakah AMANAH mampu beradaptasi dengan perubahan-perubahan yang berlaku dengan pantas ini?