会员   密码 您忘记密码了吗?
1,505,013 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 English Books > MAT INDERA: Antara Identiti dan Ideologi
MAT INDERA: Antara Identiti dan Ideologi
上一张
MAT INDERA: Antara Identiti dan Ideologi
下一张
prev next

MAT INDERA: Antara Identiti dan Ideologi

作者: Muhaimin Sulam
出版社: SIRD
出版日期: 2023
商品库存: 20
市场价格: RM45.00
本店售价: RM40.50
购买此商品可使用: 200 积分
购买数量:
collect Add to cart
详细介绍 商品属性 商品标记
Book Description:

‘Persoalan wira atau pejuang bukanlah sekadar melayani emosi atau citarasa sewenang, menurut tuntutan prasangka...Ia menuntut pengamatan halus soal-soal nilai, ideologi, konteks sejarah, pergolakan siasah semasa dan persoalan falsafah kayu ukur moralitas...bukan cuma moralitas tokoh-tokoh yang dijulang, tetapi juga mereka yang mendukung tokoh-tokoh berkenaan.’
– Shaharuddin Maaruf

Asas kepada penerbitan buku ini untuk edisi kedua adalah daripada Mat Indera: Petualang atau Pejuang? yang diterbitkan lebih sedekad lalu. Sebahagiannya adalah hasil daripada rujukan rekod-rekod perbicaraan antara Pendakwaraya lawan Mohamad Sabu antara tahun 2011 hingga 2015. Perbicaraan itu telah menarik minat orang awam mengikuti sejarah Mat Indera. Bahkan ia juga telah menjadi bahan berita bagi media massa pada ketika itu. Kisah Mat Indera kadangkala timbul menjelang sambutan bulan-bulan kemerdekaan. Misteri identiti dan ideologi Mat Indera banyak lagi yang tidak terungkap. Ketokohan Mat Indera itu seharusnya dinilai secara saksama dengan mengambil kira latar belakang sejarah atau pergolakan siasah yang mendesak dan menentukan pemikiran dan tindakan radikal golongan yang sering dirujuk ramai pengkaji sebagai ‘berhaluan kiri’ ini. Jika penilaian dibuat dalam konteks atau latar belakang sejarah sedemikian, tidakkah wajar Mat Indera diangkat atau sekurang-kurangnya diiktiraf juga sebagai pejuang nasionalis, pendukung kemerdekaan yang gigih menentang penjajahan?
 
About Author:
 

Pengarang pernah menjadi pensyarah di universiti tempatan yang mengajar hubungan etnik, sains politik dan geopolitik. Menjadi kolumnis di Malaysiakini, Malaysia Dateline dan NextStep Malaysia. Pernah menjadi kolumnis di Harakah dan Siasah suatu ketika dahulu. Beliau juga adalah bekas Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka. Bidang beliau ialah dalam sejarah dan antropologi tempatan, politik, media, manuskrip Melayu klasik dan kebudayaan Nusantara. Mendapat PhD dalam bidang kepimpinan politik Islam di University of Wales Trinity St Davies, United Kingdom. Antara karya-karyanya ialah Ustaz Sulam: Sebuah Portret Ulama Kampung (2023), Menang & Terbuang: Demokrasi, ‘Deep State’ dan Darurat (2022), Akar Bangsa: Budaya, Naratif dan Identiti (2019), Sajak-Sajak Terlarang (2015), Aku Melayu di Kota Inggeris (2012), Mat Indera: Petualang atau Pejuang (2012), Diari Lokap Black 14 (2000) dan lain-lain lagi.