会员   密码 您忘记密码了吗?
1,567,673 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > SONG OF SEPTEMBER | MALIM GHOZALI PK
SONG OF SEPTEMBER | MALIM GHOZALI PK
上一张
SONG OF SEPTEMBER | MALIM GHOZALI PK
下一张
prev next

SONG OF SEPTEMBER | MALIM GHOZALI PK

作者: Malim Ghozali PK
出版社: ITBM
出版日期: 2017
商品库存: 缺货
市场价格: RM25.00
本店售价: RM22.50
购买数量:
collect Add to cart Add booking
详细介绍 商品属性 商品标记

 Penerbit: ITBM

Penulis: Malim Ghozali PK

Tahun Terbit : 2017

 

Kumpulan Cerpen: Song of September mempamerkan 20 buah cerpen yang meliputi pelbagai subjek dan watak. Sama ada Malim menggambarkan orang biasa, yang di pinggiran dan yang terasing - pelaut, tukang kasut, yang kurang siuman, hinggalah kepada menteri, raja atau guru agama, kecenderungan ke arah kemanusiaan sejagat amat ketara. Malim mencantumkan perca-perca daripada celah-celah kehidupan manusia - sama ada mereka profesor atau pegawai daerah, gelandangan atau komuniti LGBT, kesemuanya memancarkan pengalaman-pengalaman sebagai peringatan kepada generasi masa kini, terutama sekali isu-isu yang menampilkan warna-warna di koridor sejarah.

Sungguhpun beberapa buah cerpen dalam kumpulan ini bersifat eksperimental, seperti “Ø” dan “Kamar X”, namun semuanya adalah eksperimen dari segi bahan dan bukan struktur.

Malim bukan seorang pengarang di kerusi malas. Beliau meneroka lapangan untuk menyaksikan apa yang dicarinya - kisah-kisah yang memperagakan keratan renta kehidupan - pekebun, pengembara, cinta dan perhubungan yang tidak terhuraikan. Hasilnya, Malim berkelana ke penjuru dunia, dan lahirlah cerpen-cerpen seperti “Aku di Sini, Sayang”, “_l_”, “Tika Hujan di Bogor”, ” Di Kantor Suryadi”, “Nyet” dan “Song of September”.

Malim juga menjenguk ke dalam dunia neurosis, yang jarang disentuh oleh penulis fiksyen lain, seperti dalam “Kamar X” dan “Pelabuhan”.

Sesungguhnya, cerpen-cerpen dalam kumpulan ini menawarkan jendela ke dalam kekuatan estetik alam fiksyen Malim.