会员   密码 您忘记密码了吗?
1,505,851 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > PUISI DARI PENJARA -SAID ZAHARI (PUSAT SEJARAH RAKYAT)
PUISI DARI PENJARA -SAID ZAHARI (PUSAT SEJARAH RAKYAT)
上一张
PUISI DARI PENJARA -SAID ZAHARI (PUSAT SEJARAH RAKYAT)
下一张
prev next

PUISI DARI PENJARA -SAID ZAHARI (PUSAT SEJARAH RAKYAT)

商品库存: 20
市场价格: RM50.00
本店售价: RM45.00
购买数量:
collect Add to cart
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

ISBN: 9789672683407CATEGORY: 

SUB-SUBJECTS: , , , , 


Puisi dari Penjara (Poems from Prison) adalah sebuah antologi puisi yang mengandungi 72 buah karya Said Zahari, termasuklah 17 buah puisi asal dalam Edisi Pertama yang terbit pada tahun 1973. Mungkin para pembaca dapat mengesan jarak masa antara edisi pertama Puisi Dari Penjara yang terbit pada 1973 (mengandungi 17 buah puisi) dengan penerbitan edisi baharu pada tahun 2022 ialah kira-kira 50 tahun. Edisi baharu mengandungi semua 72 buah puisi Said Zahari yang ditulis semasa dalam penjara dari 1963 hingga 1979. Jarak itu sangat lama. Mengapa demikian? Walhal kumpulan puisi ini sudah siap ditulis oleh Pak Said semasa dalam penjara lagi.

Inilah masalah yang dihadapi oleh setiap penulis atau sesiapa juga. Pada zaman sebelum komputer dan internet, menyimpan secara teratur bahan-bahan yang ditulis ataupun untuk digunakan dalam tulisan serta bahan-bahan lain adalah suatu cabaran besar. Bagi orang-orang yang pernah berada dalam tahanan ataupun mereka yang terpaksa berpindah-pindah disebabkan keselamatan, cabaran ini lebih besar lagi. Ini kerang sebahagian bahan arkibnya terpaksa disimpan oleh keluarga dan juga teman-teman rapatnya bahkan ada yang hilang begitu sahaja.

Begitulah yang terjadi pada koleksi puisi Said Zahari dan juga beberapa bahan beliau yang lain. Seperti dinyatakan oleh Syed Husin Ali dalam Kata Aluan untuk antologi ini, kumpulan puisi ini sudah berada di tangan Usman Awang sejak akhir tahun 1970-an tetapi tidak diterbitkan atas sebab-sebab tertentu. Usman Awang meninggal dunia pada 29 November 2001. Tidak diketahui sama ada koleksi puisi ini sudah beralih tangan ataupun terperap dalam kumpulan buku-buku dan bahan-bahan tulisan beliau dalam perpustakaan peribadinya.

Menurut Rahman Embong, penerbitan antologi Puisi Dari Penjara edisi baharu ini sudah lama disebut-sebut oleh Said Zahari semasa beliau sihat dan lebih-lebih lagi setelah beliau jatuh sakit dan uzur. Dalam tempoh Rahman Embong membantu beliau sejak pertengahan 1990-an untuk menyiapkan trilogi memoirnya khususnya jilid ketiga, iaitu Suara Bicara, yang terbit pada tahun 2015, Said Zahari beberapa kali menyatakan hasrat itu. Beliau ingin melihat antologi puisi ini diterbitkan secara bersama, ataupun menyusul memoirnya yang terakhir itu.

Walau bagaimanapun, pada masa itu, dengan usia yang semakin meningkat, keadaan kesihatan yang semakin uzur dap daya ingatannya yang agak terjejas, beliau tidak dapat mencari ataupun mengingat di mana kumpulan puisinya itu tersimpan Said Zahari juga tidak mengingati kepada siapa ia pernah diberikan. Malah Rahman Embong juga sering bertanya kepada anak-anak Said Zahari, iaitu Roesman dan Rismawati tentang puisi itu. Mereka juga agak buntu.

Setelah Said Zahari meninggal dunia pada 12 April 2016, usaha Pusat Sejarah Rakyat untuk mencari kumpulan puisi ini menjadi lebih rancak, lebih-lebih lagi penerbitannya merupakan antara wasiat terakhir beliau. Mujurlah akhirnya mereka mendapat tahu ada seorang kawan seperjuangan, Chan Yong Sin, yang mempunyai sesalinan puisi itu yang diambil dari Said Zahari. Chan Yong Sin telah menterjemah puisi-puisi itu ke dalam bahasa Tionghua dan menerbitkannya pada 2016. Setelah belian diberitahu bahawa anak-anak Said Zahari dan Pusat Sejarah Rakyat sedang mencari puisi dalam bahasa Melayu itu, beliau telah menyerahkan sesalinan puisi itu pada 10 Jun 2020 kepada pihak keluarga Said Zahari.

Setelah mendapat kembali puisi-puisi itu, Roesman Said, mewakili adik-adiknya, telah mengutuskan warkah serta harapan keluarga kepada Syed Husin Ali selaku Pengerusi Pusat Sejarah Rakyat pada 13 Jun 2020. Beliau meminta agar PSR “menyimpan karya-karya ini dan seterusnya mengusahakan agar puisi-puisi tersebut dapat diterbitkan … sebagai satu bentuk perjuangan yang berterusan yang dapat meneruskan legasi” Said Zahari.

Mengumpul, menyimpan dan menerbitkan bahan-bahas sejarah adalah objektif utama Pusat Sejarah Rakyat. Usaha untuk menerbitkan antologi Puisi Dari Penjara edisi baharu ini adalah selaras dengan objektif ini. Justeru PSR mengambi keputusan untuk menerbitkan antologi ini dalam dwibahasa Melayu dan Inggeris bersempena dengan ulang tahun ke-59 Operation Coldstore yang dilancarkan di Singapura pada 7 Februari 1963.