会员   密码 您忘记密码了吗?
1,505,847 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > PERSAINGAN POLITIK DAN PILIHAN RAYA DINAMIKA POLA PENGUNDIAN DALAM SIRI PILIHANRAYA KECIL PASCA PRU-14
PERSAINGAN POLITIK DAN PILIHAN RAYA DINAMIKA POLA PENGUNDIAN DALAM SIRI PILIHANRAYA KECIL PASCA PRU-14
上一张
PERSAINGAN POLITIK DAN PILIHAN RAYA DINAMIKA POLA PENGUNDIAN DALAM SIRI PILIHANRAYA KECIL PASCA PRU-14
下一张
prev next

PERSAINGAN POLITIK DAN PILIHAN RAYA DINAMIKA POLA PENGUNDIAN DALAM SIRI PILIHANRAYA KECIL PASCA PRU-14

作者: Mohd Azmir Mohd Nizah
出版社: ILHAM Books
出版日期: 2022
商品库存: 缺货
市场价格: RM55.00
本店售价: RM49.50
购买数量:
collect Add to cart Add booking
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

Persaingan Politik dan Pilihan Raya Dinamika Pola Pengundian Dalam Siri Pilihanraya Kecil Pasca PRU-14

Editor Mohd Azmir Mohd Nizah

Publisher ILHAM Books

ISBN 9789672007494

Weight 0.4 kg

Pages 190 pp

Year 2022

Price RM55

 

Setelah keputusan bersejarah pada 9 Mei 2018 yang menyaksikan buat pertama kalinya Barisan Nasional gagal membentuk Kerajaan Persekutuan apabila tewas kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), persaingan dan pergelutan politik terus-menerus berlaku termasuk dalam 12 siri Pilihan Raya Kecil (PRK) yang terpaksa diadakan atas pelbagai sebab dan faktor.

 

Namun begitu, semua faktor yang dikenal pasti dalam 12 PRK pada 2018-2020 berterusan menjadi ukuran dan perbincangan, malahan menatijahkan pergolakan parti politik, yang akhirnya membawa sebuah naratif politik tanpa majoriti dalam kalangan parti, yang memaksa parti politik membuat penjajaran-penjajaran yang sangat menarik untuk diteliti dan dibincangkan.

 

Oleh kerana atmosfera politik yang sangat menarik ini, ia memberi ruang kepada pengkaji, penganalisa politik, parti politik dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya memerhati dan membuat amatan yang sangat baik terhadap perubahan yang berlaku dalam kelakuan pengundi dan memahami apakah faktor-faktor yang memainkan peranan dalam perubahan tersebut.

 

Buku Persaingan Politik dan Pilihan Raya Dinamika Pola Pengundian Siri Pilihan Raya Kecil Pasca 9 Mei 2018 ini akan mengupas faktor-faktor perubahan pada arena politik di Malaysia dan ia akan membantu pembaca untuk membuat penilaian dan memilih yang terbaik buat negara.

 

---

 

 

 

PROFESOR MADYA DR. MOHD AZMIR MOHD NIZAH ialah Ketua Program Pasca Siswazah Pusat Pengajian Siswazah dan juga Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Teras dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Berkelulusan B.HSc dan M.HSc dalam bidang Sains Politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan PhD Politik & Kerajaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau aktif dalam penyelidikan, penulisan dan perundingan dalam bidang hubungan etnik, politik, parti dan kelakuan pengundi