会员   密码 您忘记密码了吗?
1,568,178 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > MIMPI DI PATAGONIA (LIM SWEE TIN)
MIMPI DI PATAGONIA (LIM SWEE TIN)
上一张
MIMPI DI PATAGONIA (LIM SWEE TIN)
下一张
prev next

MIMPI DI PATAGONIA (LIM SWEE TIN)

作者: Lim Swee Tin
出版社: ITBM
出版日期: 2019
商品库存: 缺货
市场价格: RM45.00
本店售价: RM40.50
购买数量:
collect Add to cart Add booking
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

Penerbit: ITBM

Penulis: Lim Swee Tin

Tahun terbitan: 2019

 

Sejumlah besar sajak kecil dalam Kumpulan Mimpi Di Patagonia ini mudah dan sangat selesa dibaca. Barangkali, demikian pilihan pengarang untuk mendekati khalayaknya. Pelbagai subjek dipunggah ke dalam karya; yang secara umumnya tercetus kesan reaksi terhadap segala permasalahan yang muncul di sekelilingnya, yang kelihatannya sedikit terpencil. Pengarang mengutipnya, diberinya sorotan, memunculkannya di permukaan, mengapungkan interpretasinya ke dalam kesedaran kita. Garapan sajak-sajak mimpi di patagonia segar, dengan bisikan-bisikan mesej halus dan berseri. Lim Swee Tin meyakini aras-aras komunikatif dalam persembahan karya juga; dengan memudahkan pilihan diksi, mewarna-warnikan gaya gubahan baris, serta teknik pengangkatan idea secara yang khas idiosinkrasinya. Lim Swee Tin lewat Mimpi Di Patagonia kelihatannya menipiskan gelembungan emosi, sebaliknya memilih bersahaja, dan dalam banyak keadaan terasakan sedikit bersantai-santaian, menjadikan karyanya lebih mudah dihadamkan. Mimpi di Patagonia, sungguhpun demikian tetap kuat mempertahankan estetik seni. Di sana sini, kita dituntut berfikir, memesrai stilistik dan semantik, tetap perlu menggeledah maksud di sebalik simbol dan imej-imej, atau terjun ke dalam peristiwa untuk mencari kilasan-kilasan pesan pengarang. Jauh daripada gembar-gembur slogan, atau gelegak gagasan muluk-muluk, lim swee tin kali ini persis sekadar mengajak kita bermalas-malasan sebentar di beranda, menikmati secawan kopi sambil menghirup udara pagi.