会员   密码 您忘记密码了吗?
1,567,441 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > LUMAN-LUMAN ZAIHASRA: BINGKISAN SETULUSNYA KEPADA SAHABAT
LUMAN-LUMAN ZAIHASRA: BINGKISAN SETULUSNYA KEPADA SAHABAT
上一张
LUMAN-LUMAN ZAIHASRA: BINGKISAN SETULUSNYA KEPADA SAHABAT
下一张
prev next

LUMAN-LUMAN ZAIHASRA: BINGKISAN SETULUSNYA KEPADA SAHABAT

作者: Djamal Tukimin
出版社: ITBM
出版日期: 2016
商品库存: 缺货
市场价格: RM33.00
本店售价: RM29.70
购买数量:
collect Add to cart Add booking
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

Penerbit: ITBM

Penulis: Djamal Tukimin

Tahun terbitan: 2016

Zaihasra meninggalkan sajak-sajaknya yang indah kepada kita. Selama ini kita hanya menatap dan membaca bait-bait katanya yang tersusun dalam rangkap demi rangkap pada setiap sajaknya. Kita mengenali Zaihasra melalui “lautan di waktu subuh”, “perjalanan” atau “balada tun fatimah”, misalnya.

Dan kita mengenali susuk Zaihasra daripada pembacaan yang tentunya diceritakan atau ditulis oleh orang lain. Melalui luman-luman Zaihasra: bingkisan setulusnya kepada sahabat yang diselenggarakan oleh Djamal Tukimin ini, Zaihasra bercerita tentang dirinya.

Zaihasra bercerita tentang akar dirinya dan keluarganya (keluarga angkat, sebenarnya). Zaihasra juga berbicara tentang angan, tentang cita dan tentang masa depan. Zaihasra turut berbicara tentang malam, tentang bulan, tentang angin dan tentang matahari. Surat-menyurat antara Zaihasra dengan Djamal selama ini disimpan kemas oleh penyelenggara. Sesudah hampir 46 tahun usia surat-surat tersebut, barulah ia dikongsi bersama-sama khalayak.

 

Di sebalik surat-surat Zaihasra tersembunyi bayang-bayangnya. Setiap helai suratnya yang dibelek, ia bagaikan mencantumkan fragmen demi fragmen “rahsia” Zaihasra. Dapatkan sahaja buku ini. Bacalah setiap suratnya. Zaihasra sedang berbicara kepada anda.