会员   密码 您忘记密码了吗?
1,565,873 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > KELESTARIAN PEMBANGUNAN KOMUNITI LUAR BANDAR DI MALAYSIA
KELESTARIAN PEMBANGUNAN KOMUNITI LUAR BANDAR DI MALAYSIA
上一张
KELESTARIAN PEMBANGUNAN KOMUNITI LUAR BANDAR DI MALAYSIA
下一张
prev next

KELESTARIAN PEMBANGUNAN KOMUNITI LUAR BANDAR DI MALAYSIA

出版社: Penerbitan UKM
出版日期: 2021
商品库存: 缺货
市场价格: RM30.00
本店售价: RM27.00
购买数量:
collect Add to cart Add booking
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

Penerbit: Penerbitan UKM

Mukasurat: 216 muka surat

Tahun terbitan: 2021

Bahasa: Bahasa Malaysia

 

Buku ini telah menjelaskan isu-isu yang berkait dengan kelestarian pembangunan komuniti luar bandar. Penulisan buku ini boleh menyumbangkan kepada pemahaman lapisan masyarakat terhadap isu pemerkasaan dan penglibatan komuniti. Seringkali projek dan program pembangunan tidak mendapat sambutan daripada masyarakat setempat. Hal ini berkait rapat dengan isu bagaimana masyarakat boleh dilibatkan dalam pembangunan yang telah dirancangkan. Sebelum pelbagai strategi pembangunan desa dapat diimplementasikan, keperluan memahami kehendak dan keperluan masyarakat perlu diteliti.

 

Dalam hal ini kaedah penelitian yang bersifat top down telah menjadi tidak relevan apabila semua maklumat pembangunan telah berada di hujung jari. Penelitian pemakalah mendapati pendekatan bottom up merupakan kaedah yang sangat bersesuaian dalam mendapatkan penglibatan komuniti dalam pembangunan. Kaedah ini mendedahkan tatacara pengendalian yang mengambilkira pandangan dan kehendakan komuniti dalam pembangunan akan mencorakkan kejayaan kepada sesebuah program yang dirancangkan.

 

Suhana Saad, PhD adalah Profesor Madya di Program Sains Pembangunan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kepakaran beliau ialah politik, kepimpinan serta penyertaan komuniti.

 

Azima Abdul Manaf, PhD adalah Profesor Madya di Pusat Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kepakaran beliau ialah pembangunan harta tanah. 

 

Mohd Fuad Mat Jali, PhD adalah Profesor di Pusat Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Political/Electoral Geography dari Universiti of Sussex, Brighton, England. Penyelidikan terkini beliau adalah berkaitan geografi pilihan raya dan geopolitik etnik.