会员   密码 您忘记密码了吗?
1,505,013 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > DI BAWAH SINAR MATAHARI
DI BAWAH SINAR MATAHARI
上一张
DI BAWAH SINAR MATAHARI
下一张
prev next

DI BAWAH SINAR MATAHARI

作者: Shaharom Husain
出版社: Penerbitan UKM
出版日期: 2004
商品库存: 缺货
市场价格: RM30.00
本店售价: RM27.00
购买数量:
collect Add to cart Add booking
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

Penerbit: Penerbitan UKM

Penulis: Shaharom Husain

Mukasurat: 232 mukasurat

Tahun terbitan: 2004

Bahasa: Bahasa Malaysia

 

Tiga tahun lapan bulan Di Bawah Sinar Matahari Jepun. Pancaran cahayanya yang panas dan berbahang, menjadi suatu penyeksaan. Di sebalik pancaran matahari yang amat terik itu, timbul hikmat, kebaikan, keinsafan, teladan dan pengajaran. Timbul pula malapetaka, angkara Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan Bintang Tiga, yang didalangi negara yang berseteru dengan Jepun. Gajah dengan gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

Berbagai-bagai malapetaka lain juga terjadi, seperti kekurangan makanan dan pakaian dan pelbagai penyakit yang terpaksa ditanggung. Ubat cara moden sukar didapati, ubat tradisional juga amat kurang.

Mereka yang hidup di bawah sinar matahari pemerintahan Jepun, terpaksa bekerjasama dengan Jepun dengan mempelajari bahasa, kebudayaan dan cara hidup Jepun. Mereka juga menjadi kakitangan kerajaan, tentera dan buruh Jepun selain berkhidmat dalam perusahaan dan pertanian dengan berkebun untuk menambah hasil barang makanan. Kalau tidak mereka dikerah menjadi buruh paksa, membuat landasan kereta api maut di sempadan Siam-Burma.

 

Tempat peristiwa ini berlaku adalah di Singapura (Syonan-To), Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Nama dan watak dalam novel ini adalah rekaan. Kecuali beberapa nama rasmi yang mengikut siaran rasmi pemerintah masa itu. Selama tentera Jepun memerintah tidaklah semua yang berlaku adalah zalim. Malah ada yang baik dan berguna, boleh dijadikan ikutan. Kerana dalam kezaliman itu ada juga perikemanusiaan, terdapat di dalamnya pengajaran, teladan, keinsafan, hingga membawa kita akhirnya sedar dan berjuang menuntut kemerdekaan dari dijajah.