会员   密码 您忘记密码了吗?
1,570,994 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > 70 TAHUN KAMIL AB. MAJID
70 TAHUN KAMIL AB. MAJID
上一张
70 TAHUN KAMIL AB. MAJID
下一张
prev next

70 TAHUN KAMIL AB. MAJID

出版社: ILHAMBooks
商品库存: 缺货
市场价格: RM35.00
本店售价: RM31.50
促销价: RM30.80
剩余时间: 请稍等, 正在载入中...
购买数量:
collect Add to cart Add booking
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

Buku ini ditulis atas permintaan generasi muda yang ingin mengetahui selok-belok kehidupanku; sebagai seorang ahli akademik, pendakwah, dan penulis. Pada awalnya, aku berasa teragak-agak untuk meneruskannya kerana aku sedar, siapalah aku, sekadar insan kerdil yang tidak punya apa-apa. Tetapi memandangkan aku juga manusia ciptaan Allah s.w.t, sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t, maka aku merasakan setiap manusia meskipun sekerdil mana pun dia, merupakan ciptaan unik Allah s.w.t yang boleh dikongsi, apatah lagi insan seperti aku yang ketika buku ini ditulis, aku telah mencapai usia 67 tahun. Aku telah melalui pelbagai senang susah, jerih payah, masam manis dan pahit maung dalam kehidupan.

 

Mohamad kamil bin Hj Ab majid, dilahirkan pada tahun 1950 di Kg kayu Rindang,Melor Kota Bharu, kelantan.Lulusan I(jazah Sarjana Muda Syari`ah dan Undang-undang daripada Yayasan Pengajian Tinggi Islam kelantan(YPTIK), danSarjana muda Syari`ah daripada Universiti Al Azhar,kaherah,Mesir. Keserjanaannya dalam bidang falsafah dan Teologi Jabatan Pengajian islam UM dan bidang Pemikiran Islam (kerohanian) bagi ijazah Doktor falsafah, di Universiti Malaya.

 

 

Dalam pentadbiran akademik, pernah memegang jawatan Timbalan Dekan (Usuluddin), Ketua jabatan (Dakwah dan Pembangunan Insan) dan Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar di Akademi Pengajian Islam. Membantang kertas-kertas kerja di dalam dan luar negara. Menjadi Anggota Ulama, majlis Agama Islam kelantan (MAIK), Ahli panel Kajian Akidah JAKIM,. Juga terlibat dengan peristilahan (Agama) Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam bidang penerbitan menghasilkan lebih 10 buah buku di samping artikel dalam jurnal tempatan dan antarabangsa.