会员   密码 您忘记密码了吗?
613,300 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > MAHASISWA BANGKIT BY MOHD HASBIE MUDA
MAHASISWA BANGKIT BY MOHD HASBIE MUDA
上一张
MAHASISWA BANGKIT BY MOHD HASBIE MUDA
下一张
prev next

MAHASISWA BANGKIT BY MOHD HASBIE MUDA

作者: Mohd Hasbie Muda
出版社: Megamind Leadership Consultancy
出版日期: 2014
商品库存: 缺货
市场价格: RM24.00
本店售价: RM21.60
购买数量:
collect Add to cart Add booking
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

Editor: Mohd Hasbie Muda
New Pb188 pp.
Subject: Politics
Condition: Good
Publisher: Megamind Leadership Consultancy
Published: 2014
Pada penghujung dekad 1960-an dan awal 1970an, mahasiswa di Malaysia menjadi satu kelompok manusia yang mendapat perhatian yang istimewa daripada masyarakat. Istilah mahasiswa sebagai kumpulan pendesak (pressure group), jurubicara ummah, pembela golongan marhaen dan tertindas, pemacu perubahan, pemimpin masa depan serta pelbagai lagi gelaran yang muluk-muluk meletakkan mahasiswa sebagai suatu entity penting dalam masyarakat.

Tetapi selepas Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) diwujudkan pada tahun 1971 dan kemudiannya diperketatkan pada tahun 1975, gerakan mahasiswa secara beransur-ansur menjadi seakan-akan kelompok yang lesu, tidak kreatif dan tidak lagi rancak untuk berpartisipasi dalam pergolakan dan pergulatan masyarakat yang menuntut mereka untuk turut serta terlibat. Melainkan dalam beberapa peristiwa tertentu, kewujudan mahasiswa kurang dirasai oleh masyarakat sehinggalah akhir-akhir ini suara mahasiswa mulai kembali didengari.

Entah di mana silapnya. Walaupun AUKU telah dipinda pada tahun 2009 dan 2012 manakala sekatan-sekatan mahasiswa untuk terlibat aktif dalam politik telah dibuang, kelesuan gerakan mahasiswa pada hari ini tidak banyak berubah. Kewujudan mahasiswa dalam masyarakat masih belum dilihat signitikan dalam memperjuangkan sesuatu isu masyarakat. Walau bagaimana pun, kita tidak boleh menafikan bahawa mutakhir ini wujud beberapa aksi mahasiswa yang memberikan harapan bahawa gerakan mahasiswa masih belum mati. Tindakan spontan Adam Adli, seorang mahasiswa UPSI yang menurunkan bendera wajah Presiden UMNO di ibu pejabat UMNO berhampiran PWTC serta keberanian mahasiswa UM yang dipimpin oleh Fahmi Zainol mengadakan rapat umum politik berkenaan isu Anwar Ibrahim mula menarik perhatian masyarakat.

Namun persoalannya, benarkan gerakan mahasiswa kini benar-benar bangkit? Atau ia hanya riak-riak kecil semata-mata? Buku ini diluncurkan ke tangan anda untuk membuat penilaian awal kepada kebangkitan mahasiswa yang pasti berlaku.