会员   密码 您忘记密码了吗?
1,505,013 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > KOMRAD ASI (REJIMEN 10) : DALAM DENYUT NIHILISME SEJARAH
KOMRAD ASI (REJIMEN 10) : DALAM DENYUT NIHILISME SEJARAH
上一张
KOMRAD ASI (REJIMEN 10) : DALAM DENYUT NIHILISME SEJARAH
下一张
prev next

KOMRAD ASI (REJIMEN 10) : DALAM DENYUT NIHILISME SEJARAH

作者: Aziz Suriani
出版社: Gerakbudaya
出版日期: 2022
商品库存: 20
市场价格: RM32.00
本店售价: RM28.80
购买数量:
collect Add to cart
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

 

Penerbit: Gerakbudaya
Penulis: Aziz Suriani
Muka Surat: 239
Tahun: 2022
Beli di Shopee.
 
Politik selalu digambarkan sebagai sebuah lukisan yang kotor. Justeru kerana ini juga wajah kenyataan sejarah sesuatu bangsa selalu menjadi tidak jernih.

Buku ini adalah tentang Asi seorang kanak-kanak berketurunan India dari sebuah estet milik penjajah. Dia pernah terlibat sebagai penghantar surat rahsia antara aktivis bawah tanah PKM semasa darurat antara 1948-1950. Pada usia 10 tahun, dia dikehendaki oleh pihak penjajah kerana kegiatannya yang dianggap subversif.
 
Pada suatu petang, rumahnya telah dikepung dan digeledah. Ayahnya ditangkap dan diseksa. Kemudian, dia dikehendaki menyerah diri. Menyedari dia dikehendaki oleh askar British, dia telah melarikan diri. Sejak petang itu, dia meninggalkan rumah dan tidak lagi ke sekolah. Asi menjadi antara individu yang diburu dan berada di hutan sebagai gerila selama 39 tahun.

Dari sebuah ladang getah di Sungai Siput, dia menyeberang ke hutan, kemudian telah menyertai Pasukan India pimpinan Kaatu Perumal di kawasan Sungai Siput. Oleh kerana pergolakan yang terjadi dalam pasukan serta kesulitan mendapat makanan semasa Rancangan Briggs pasukan ini telah dilumpuhkan oleh askar-askar Gurkha. Ramai anggotanya ditangkap dan dibunuh dalam satu serang hendap. Pasukan ini telah dibubar pada tahun 1957. Asi yang terselamat daripada sasaran peluru askar Gurkha itu kemudiannya berpindah ke sempadan dan menyertai Regimen Ke-10 pimpinan Abdullah C.D. hinggalah Perjanjian Damai Hatyai 1989.
 
Kejayaan pihak kolonial British menghancurkan Pasukan India dan aktivis-aktivis trade union selepas Darurat pada 18 Jun 1948 telah memberi kejayaan besar kepada kolonial British memulihkan industri getah yang menjadi punca ekonomi Great Britain selepas tewas dalam Perang Dunia Ke-2.
 
Selepas gagalnya Rundingan Baling 1955 dan Malaya merdeka pada tahun 1957, Asi terus berada di hutan sebagai gerila meneruskan keyakinannya melawan neokolonialisme yang dikawal secara sistematik oleh BMA telah menempuh pertempuran demi pertempuran sebagai komunis Tamil terakhir Malaya.
 
AZIZ SURIANI dilahirkan pada 1 Julai 1959 di Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan dalam bidang pengajian Ekonomi dan Ilmu Politik. Seorang penulis dan penyelidik, sentiasa di sempadan daerah baru membina weltanschauung seimbang, multibudaya, konflik geopolitik, agama dan kemanusiaan. Beliau juga pembaca intim jalur kiri sejarah Malaysia, kembaranya merakam pengalaman tokoh kiri dari Malaysia dan Thailand dan Singapura. Penyelidikannya bersifat mandiri, terkini menyeberangi Fintech Industry “The Revolutionary New Interface” China-Singapura 2018-2022, tentang kemunculan Order Baru Dunia selepas 2022 yang bersifat multipolar. Saudara Aziz Suriani kini adalah Penyelidik separuh masa Projek Nasionalisme Malaysia di Era Perang Dingin 1951-1989 di Universiti Malaya.