会员   密码 您忘记密码了吗?
1,505,013 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > HUDUD: PERLAKSANAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DAN KEADILAN SOSIAL DI MALAYSIA
HUDUD: PERLAKSANAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DAN KEADILAN SOSIAL DI MALAYSIA
上一张
HUDUD: PERLAKSANAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DAN KEADILAN SOSIAL DI MALAYSIA
下一张
prev next

HUDUD: PERLAKSANAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DAN KEADILAN SOSIAL DI MALAYSIA

作者: Panel Penyelidikan NUNJI
出版社: Parti Amanah Negara
出版日期: 2017
商品库存: 缺货
市场价格: RM15.00
本店售价: RM13.50
购买数量:
collect Add to cart Add booking
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

Penulis: Panel Penyelidikan NUNJI
Subjek: Agama, Politik
Keadaan: Bagus
Penerbit: Parti Amanah Negara
Tahun: 2017
87 muka surat
Selama ini hudud sentiasa dirujuk atau dimasuki melalui pintu kitab-kitab feqah mazhab sahaja, seolah-olah Islam ini hanya bersumberkan kitab-kitab feqah empat mazhab. Jarang sekali agamawan membicarakan hudud dari sudut falsafah, sejarah atau seerah nabawiyyah, psikologi atau kriminologi dan kesesuaiannya dalam konteks negara bangsa moden yang perundangan sivilnya telah bertapak kukuh.

Apabila Islam hanya dilihat dari sudut feqah semata-mata, maka timbullah fahaman Islam yang singkat dan simplistik. Ini boleh merosakkan keindahan ajaran Islam yang sangat tersusun dan sistematik dalam menghadapi dan mengatur kehidupan manusia seluruhnya tidak kira muslim atau bukan muslim mengikut maratib al-a’mal atau sususan keutamaan berdasarkan Fiqh al-Awlawiyyat. Fahaman yang tidak benar yang diarusperdanakan menjadi ‘fahaman Islam’ seperti fahaman negara Islam mesti melaksanakan hudud, menyebabkan salah faham dan tuduh menuduh sampai ke tahap takfir sesama umat Islam.

Untuk memperbaiki fahaman yang silap itu, usaha melihat Islam dari dimensi sejarah perundangan yang sebenar mestilah diperkasakan, mengkaji sunnah-sunnah Rasulullah SAW dalam memberikan keadilan sosial kepada masyarakat, menelusuri konsep-konsep kemaafan dan kelapangan selepas melakukan kesalahan dan dosa, menekankan konsep menutup keaiban sesama Islam dan sesama manusia, serta menggalakan masyarakat menuntut ilmu secara serius berbanding hanya mendengar retorik para ustaz dan penceramah bebas sahaja.