商品介绍
Penerbit : Maszlee Malik
Tahun Terbitan : Ogos 2021
Halaman : 434 muka surat
Penulis : Maszlee Malik
Pendidikan ialah rahmat yang menjadikan kita dapat membaca sari buku ini dan buku ini sendiri dapat ditulis. Tanpa pendidikan, keadaan kita hari ini mungkin berbeza. Begitulah dekatnya takdir kita dengan pendidikan.
Pendidikan dengan permasalahannya yang rumit dihuraikan dalam beberapa bab buku ini yang tersusun bermula daripada pemegang taruh terpenting dalam pendidikan iaitu jiwa pendidikan itu sendiri, diikuti dengan masyarakat, anak-anak, ibu bapa, guru dan pensyarah, sekolah, sasterawan dan institusi.
Memanggil Memori Bukan Memoir kembali dalam penulisan buku ini turu memanggil kembali penjelasan terhadap tuduhan yang dilemparkan sepanjang 20 bulan di Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku ini sebagai persaksian selama 20 bulan reformasi yang pernah diusahakan melangkaui topik-topik sensasi politik seperti Jawi dan kasut hitam. Buku ini merupaka sebuah pembuktian ...
Pernah - suatu usaha reformasi pendidikan diangkat, dan kini ia mesti diteruskan!