会员   密码 您忘记密码了吗?
1,567,457 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > MEMOIR KALAM HAMIDI : DARI PANGGUNG VICTORIA KE ISTANA BUDAYA
MEMOIR KALAM HAMIDI : DARI PANGGUNG VICTORIA KE ISTANA BUDAYA
上一张
MEMOIR KALAM HAMIDI : DARI PANGGUNG VICTORIA KE ISTANA BUDAYA
下一张
prev next

MEMOIR KALAM HAMIDI : DARI PANGGUNG VICTORIA KE ISTANA BUDAYA

出版社: Penerbitan UKM
出版日期: 2001
商品库存: 缺货
市场价格: RM25.00
本店售价: RM22.50
购买数量:
collect Add to cart Add booking
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

Penerbit: Penerbitan UKM 

Mukasurat: 178 mukasurat

Tahun terbitan: 2001

Bahasa: Bahasa Malaysia

 

Siapa yang menyenangi Kalam Hamidi? Tokoh drama dan teater ini berbadan gempal, besar dan pendek. Matanya bulat. Bicaranya tegas bercampur sinis. Suaranya meninggi. Panas baran selalu mengekorinya ke sesi latihan teater. Tidak ramai yang betah berlakon di bawah arahannya. Apa lagi bersahabat dengannya. Kalam sendiri, dalam memoirnya ini mengakui: egonya tinggi. Di sebalik watak garangnya ini, Kalam menunjuk ajar ramai pemuda pemudi yang mahu berjinak dengan drama dan seni lakon. Kalam juga seorang pendendam. Suatu hari beliau dirotan oleh guru pondok di Sungai Udang hanya kerana beliau mengepalai beberapa murid sekolah itu bermain bola. Hukuman bagi kesilapan itu, kepada Kalam adalah keterlaluan. Beliau angkat kaki dan pulang ke kampung. Peristiwa tersebut berbekas di hatinya dan masih diingati apabila terserempak dengan guru tersebut bertahun-tahun kemudian sewaktu menunaikan fardhu haji di Mekah. Di bahagian lain memoir ini Kalam menceritakan bagaimana beliau membelasah seorang teman yang melarikan manuskripnya. Kalam sempat menyulam memoir ini dengan kisah cinta pertamanya dengan Masmerah, gadis Brunei. Kisah cinta dua darjat ini mendapat halangan keluarga si gadis. Kekasihnya dikahwinkan dengan teruna yang setaraf tetapi berakhir dengan kematian setelah bekas kekasihnya itu disahkan menghidap barah otak. Kalam membawa diri pulang ke Singapura. Hatinya berbunga kembali setelah menemui Sa’diah, seorang gadis yang masih menuntut yang akhirnya dipilih menjadi teman hidup sehingga sekarang. Kisah kegigihan dan keperitan hidup anak seni yang tidak mengharapkan keuntungan ini juga memperlihatkan kekuatan watak Kalam mengharungi kehidupannya sebagai peniaga gerai makanan. Demikianlah Kalam mementaskan kembali beberapa babak daripada drama kehidupannya sendiri sejak mula menghendap-hendap di dinding Victoria Hall di Singapura sehinggalah diberi peluang mementaskan Nyiur Gading Puncak Mahligai di Istana Budaya, Kuala Lumpur.