详细介绍

 Deepavali Nal Valthukkal

Seorang budak lelaki telah tinggal bersama jirannya selama
beberapa hari menjelang Perayaan Cahaya, Deepavali.
Jirannya merupakan sebuah keluarga campuran dan
pasangan India-Cina tersebut mempunyai sepasang anak
kembar yang mesra. Budak lelaki itu berpeluang untuk
meraikan Deepavali bersama keluarga India tersebut
sementara tertarik dengan kepelbagaian budaya di Malaysia.
Buku bergambar yang berwarna-warni dan setebal 36 muka
surat ini telah menggambarkan perayaan Deepavali serta
butirannya dengan jelas, di samping menonjolkan kekayaan
setiap aspek budaya.
Tahukah anda bahawa terdapat beratus-ratus dialek dalam
kalangan orang India, atau mitos Diwali adalah berbeza-beza
di seluruh wilayah yang terdapat di India? Buku ini
meneroka pelbagai aspek, daripada kepentingan muruku
kepada peranan yang dimainkan oleh Rangoli yang cantik.
Buku ini memberikan pengertian yang mendalam tentang
tradisi meraikan Deepavali, menjadikannya bahan bacaan
yang komprehensif dan juga menyeronokkan untuk kanakkanak
di Malaysia.
商品属性
[作者] Choo Li-Hsian
[出版社] Gasing Buku Sdn. Bhd.
[ISBN] 9786299738138