详细介绍
Book Description: 
 
Setiap pemerintah mempunyai gagasan dan hasrat tersendiri untuk memacu pembangunan negara. Justeru, mereka akan mewujudkan sebuah model yang ingin dibawa dan diterapkan dalam sistem pemerintahan. Hal ini agar dapat menjadi prinsip dan agenda yang jelas bagi Malaysia. Begitulah apa yang diikhtiarkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan mewujudkan satu singkatan 'MADANI' yang membentuk prinsip Malaysia Madani. 
 
Buku ini bakal menelusuri perkara yang tersurat dan tersirat di sebalik akronim 'MADANI'. Negara 'RAHMAH' perlu dibina melalui Tiga Teras Utama iaitu Falsafah Rahmah, Maqasid al-Syariah dan Acuan Malaysia. Bahkan ia bukan hanya berfokus pada konsep itu sahaja tetapi buku ini akan mengaitkan juga pembawaan ini dengan Maqasid al-Syariah. Hal ini menunjukkan bahawa perlu berlandaskan Syariat yang ditetapkan dalam Islam. 
 
Selain itu, keistimewaan dalam buku ini akan menarik minat pembaca dengan selitan dalil-dalil yang berkait dengan agenda yang ingin dibawa. Seperti sedia maklum, perubahan isu semasa amat ketara pada masa kini. Jadi, ia perlu kepada rujukan kefahaman yang sebenar mengikut model Fiqh al-Waqie' dar berlunaskan alur Syariat yang sebenar.  
 
商品属性
[作者] Mujahid Yusoff Rawa
[出版社] Ilham Books
[ISBN] 9789671771570
[出版日期] 2023