详细介绍

 商品介绍

"One shot! One shot! One shot! One shot!"

 

Hanya Tuhan sahaja tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Tangan saya sudah memegang gelas berisi soju, dan kini semua orang sedang bersorak menunggu saya minum. Saya jadi panik, dan semua muzik dipasang di padang besbol itu tidak lagi masuk ke dalam gegendang telinga. Inilah perkara yang terjadi apabila cemas. Saya tahu bahawa saya tidak boleh minum soju, tetapi bagaimana harus saya beritahu mereka yang sedang bersorak-sorak gembira?

 

"Masyeora! Masyeora! Masyeora!" (Minum! Minum! Minum!)

 

Sepetang di Busan yang lepas, saya telah mengalami jatuh dan bangun dalam hidup. Kini, perkara itu berulang lagi. Bermastautin di negera asing mendedahkan diri kepada pelbagai cabaran dan rintangan yang sukar dijangkakan. Dalam membuat satu-satu pilihan, sentiasa akan membawa kepada akibat yang kadangkala tak termampu untuk dikawal. Saya terpaksa bekerja keras dan beradaptasi demi kelangsungan hidup di sini. 

 

Saya tidak mampu pulang ke negera asal kerana berhutang dengan kerajaan Korea. Dan jika saya gagal dalam ujian ini, saya telah membazirkan hayat saya selama satu tahun dengan sia-sia sahaja. 

 

Sekarang, pilihlah. Mahu jadi hebat, atau mati dalam kegagalan. 

 

 

商品属性
[出版社] Fufu Terbit
[ISBN] 9789671584118