会员   密码 您忘记密码了吗?
1,503,979 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

购买过此商品的人还购买过

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > Neofeudal UMNO:Politik Dan Pembangunan Luar Bandar
Neofeudal UMNO:Politik Dan Pembangunan Luar Bandar
上一张
Neofeudal UMNO:Politik Dan Pembangunan Luar Bandar
下一张
prev next

Neofeudal UMNO:Politik Dan Pembangunan Luar Bandar

作者: Mazli Bidu & Dr.Jamaie Hamil
出版社: Strategic Information And Research Development Centre- SIRD
出版日期: 2018-04
商品库存: 9
市场价格: RM25.00
本店售价: RM22.50
购买数量:
collect Add to cart

您可能也会喜欢下列商品


详细介绍 商品属性 商品标记

Epistemologi feudalisme boleh dikaji dari pelbagai perspektif termasuk sejarah, undang-undang, ekonomi, sosiologi dan sains politik. Feudalisme juga dilihat dari sudut geopolitik dengan kajian-kajian tertumpu kepada feudalisme di Benua Eropah Barat, di Asia Timur dan Asia Tengah dan juga kajian feudalisme yang mengkhusus negara-negara tertentu. Di negara ini feudalisme turut menjadi subjek kajian terutamanya berkaitan budaya feudal golongan istana dan kaum Melayu secara komprehensif. Peredaran masa menyaksikan neofeudalisme pula mengambil tempat dalam dunia kajian sosiopolitik.

Budaya politik masyarakat di luar bandar cukup menarik untuk dibahaskan kerana penguasaan geopolitik kawasan luar bandar merupakan katalis dan penentu kejayaan kepada mana-mana parti politik dalam pilihan raya khususnya di Malaysia. Kawasan luar bandar menjadi deposit tetap kepada kelangsungan kemenangan kebanyakan kerusi parlimen parti pemerintah. Perkembangan ini menjadi stimulus dan dorongan kepada pengkaji serta pemerhati politik untuk mencari bahan bacaan yang membincangkan budaya politik neofeudal yang sinonim dengan sosiopolitik luar bandar.

Buku ini turut merangsang pembaca untuk terjun sama ke dunia politik menerusi analisis sebenar tentang hegemoni dan survival kuasa parti pemerintah. Bukan sekadar membicarakan teori dan konsep sains politik, buku ini memberi pemahaman tentang bagaimana kuasa dieksploitasi untuk mengukuhkan kedudukan politik sehingga mencambahkan kesedaran palsu, akur dan wala’ nya masyarakat kepada pemimpin politik. Buku yang menyentuh budaya politik neofeudal UMNO ini boleh menambah korpus ilmu berkaitan budaya politik feudalisme dan neofeudalisme di negara ini. Tambahan pula buku ini dihasilkan menerusi kajian yang reliable hasil input daripada sumber perpustakaan, temu ramah malahan penulis sendiri turun padang melihat dan mendapatkan maklumat di kawasan kajian. Pengalaman penulis bertugas di agensi kerajaan juga telah membantu penulis mendapatkan informasi daripada pelbagai agensi kerajaan berkaitan pembangunan luar bandar.