会员   密码 您忘记密码了吗?
1,494,672 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 大将出版社 > 大将人物 > Lakaran Jiwa Merdeka : Catatan dari Penjara Kajang
Lakaran Jiwa Merdeka : Catatan dari Penjara Kajang
上一张
Lakaran Jiwa Merdeka : Catatan dari Penjara Kajang
下一张
next

Lakaran Jiwa Merdeka : Catatan dari Penjara Kajang

商品库存: 缺货
市场价格: RM35.00
本店售价: RM31.50
促销价: RM29.75
剩余时间: 请稍等, 正在载入中...
购买数量:
collect Add to cart Add booking
详细介绍 商品属性 商品标记

 Lakaran Jiwa Merdeka : Catatan dari Penjara Kajang


Chua Tian Chang 

Tian Chua, reformis yang memahat ingatan rakyat Malaysia dengan susuk tubuhnya yang kurus di depan trak meriam air berkimia pada zaman Reformasi. Naik turun mahkamah, keluar masuk lokap sudah menjadi sesuatu yang lumrah sepanjang tempoh dua dekad perjuangan politik Tian Chua.

Namun, di sebalik imej berani yang ditonjolkan, Tian Chua memiliki jiwa seni yang halus. Tian Chua menggilap semula bakatnya dengan menghasilkan karya seni di sebalik tirai besi. Melalui pengamatannya, Tian Chua berkongsi kisah-kisah dalam Penjara Kajang, malah menyelami falsafah di sebalik fenomena yang berlaku. Meskipun jasadnya terkurung, Tian Chua tetap mempertahankan kebebasan jiwanya – kebebasan untuk memilih yang benar dan mulia, dan kebebasan untuk menolak yang salah dan korup.
 
  



Isi Kandungan:
Membela diri
Nombor kod banduan
Jiran saya dan arca roti
Kerunsingan seorang warden
Asingan
Pegawai penjara
Upacara “Muster”
Mencatat dengan contengan
Malaikat dalam penjara
Waktu subuh
Kedai runcit dalam penjara
Menulis
Gayung
Kemusykilan pegawai penjara
Kebajikan dan Rasuah?
Berkaki ayam
Renungan
Apa kesalahan saya?
Kertas dan pensel yang menggerunkan
Tidak suka politik
Manifesto
Atasan
Niat murni
Kucing
Nama saya
Kekeliruan
Lebih kurang
Luar dugaan
Kekecohan dalam penjara
Pangkat
Hidup berdisiplin
Mahkamah Kangaroo*
Interlock
Buraq
Orang kerja
Antara jual beli
Temu bual
Makan
Keluar Penjara
Selamat tinggal
Pembebasan
Kebebasan
Lampiran 1: Kronologi
Lampiran 2: Senarai Makanan Harian




Harga buku RM35


Extract
1.Majalah

Tidak lama selepas menjamu sarapan, seorang Cina-Bidayuh dari Sarawak datang mengucapkan selamat tinggal. Dia meminta balik majalah “Time Out” yang telah dipinjamkan kepada saya. Saya bingung seketika. Saya sudah lupa di mana saya simpan majalah ini. Seingat saya, saya telah menyerahkan majalah ini kepada “orang kerja” Indonesia. Saya tidak terfikir pun bahawa satu hari nanti dia akan menuntut balik majalahnya daripada saya. Saya rasa bersalah dan amat kesal. Barulah saya sedar, bahawa di sini, setiap benda yang mampu anda miliki adalah amat bernilai. Dalam keadaan tergesa-gesa, dia berkata, “Magazine you keep ok?”
“Kamu dah nak keluar ke?” tanya saya.
“Tidak, saya dipindahkan ke blok lain, untuk lima tahun lagi”, jawabnya dengan nadanya positif dan optimis. Seakan-akan dia telah atau sedang merancang untuk yang kehidupan baru. Apa tidaknya, nyawanya terselamat dari tali gantung. Dia disabitkan kesalahan menyeludup dua kilogram marijuana dan kemudian diringankan hukumannya.
Tiba-tiba saya teringat bahawa majalah “Time Out” itu ditulis nama ANDREW di muka depannya. Mungkin namanya Andrew.


2.Kucing

Penjara sering dipandang masyarakat umum sebagai tempat perhimpunan orang jahat, iaitu penjenayah yang kejam. Imej penjara di stereotaip, sarat dengan adegan di mana pegawainya suka mendera dengan mengayunkan baton ke arah banduan. Hakikatnya, sama ada banduan yang dikurung, mahupun pihak urus tadbir, mereka mengasihi binatang yang kecil. Sisa makanan akan diberikan kepada haiwan. Banduan yang beragama Hindu akan menabur makanan di lantai untuk dipatuk burung. Untuk mereka, ini adalah amalan mulia. Mereka menaruh harapan agar hukuman mereka diringankan, dosa mereka dikurangkan dan dibebaskan secepat mungkin.
Di sini, sesiapa sahaja boleh menyuapkan makanan untuk kucing.
Hati insan akan tersentuh dengan nyawa yang kecil dan lemah. Tak kira lanun besar ataupun kaki judi yang mencuri wang ibu untuk diperjudikan – akan tersentuh hatinya apabila berdepan dengan binatang kecil.
Sebaliknya, konflik akan wujud sesama manusia. Andainya hubungan manusia sesama manusia tidak diurus-kawal dengan baik, pergaduhan akan berlaku – antara pegawai dengan banduan, antara banduan dengan banduan – perselisihan fizikal akan berlaku apabila tidak dikawal dan dikendalikan dengan baik.

3. Gayung

Bubur dihidangkan sebagai sarapan pada pagi ini. Maknanya, saya perlu menggunakan gayung. Ini seni pemakanan yang saya pelajari ketika menjamu sarapan pertama sejak memasuki penjara.
Saya terpegun sejenak apabila “orang kerja” mahu menghidangkan bubur kepada saya. Bagaimana saya makan tanpa mangkuk? Warden nampak kebingungan yang terpapar di wajah saya. Dia menyuruh saya menghulurkan gayung saya kepada orang kerja, lantas “orang kerja” menyenduk bubur ke dalam gayung saya.
Tiba-tiba, satu kesedaran terlintas dalam otak saya, umpama “pencerahan”. Baru saya sedar bahawa gayung adalah segala-galanya dalam dunia saya sekarang atau sekurang-kurangnya dalam sel penjara. Gayung adalah mangkuk untuk menampung makanan saya, sama ada bubur, mahupun air minuman. Gayung juga berfungsi ketika saya mandi, mencuci baju dan sebagainya.
Saya sedar bahawa keperluan material untuk kehidupan asas seseorang manusia sebenarnya tidak banyak. Apa yang paling diperlukan adalah gayung atau apa-apa bekas yang boleh digunakan untuk menampung air – unsur terpenting untuk kelangsungan hidup.
4. Kebajikan dan Rasuah? 
Selain warden yang menemani saya untuk bersenam, terdapat seorang lagi warden yang ditugaskan untuk mengawal di blok ini.
Ketika saya bersenam, mereka bersembang tentang isu politik. Tiba-tiba, salah seorang  menoleh ke arah saya dan bertanya, “Adakah itu 'rasuah' jika mengambil duit minyak (tambang) untuk balik mengundi?”
Ia soalan yang agak sukar. “Bergantung bagaimana ia dilakukan”, saya tidak mahu menyatakan pendirian sebelum mengetahui konteks sebenarnya.

“Saya suka waktu pilihan raya – seronok tengok dia orang berkempen”, katanya. (Saya tidak pasti “dia orang” yang dimaksudkan itu merujuk kepada Barisan Nasional atau kami)
“BN suruh orang bersumpah dengan Quran bila mereka bagi duit minyak”, katanya dalam nada yang tidak bersetuju, “Saya rasa itu salah dan mestilah rasuah” . Dia mengangguk, “Tapi PAS lain, you hanya perlu pergi ke sana, semak daftar pemilih dan alamat you, mereka akan memberi elaun berdasarkan jarak.”
“PAS bagi tambang hanya berdasarkan kelayakan you sebagai pengundi berdaftar. Mereka tak tanya siapa you undi. BN minta orang sumpah dengan Quran, itu syaratnya untuk dapat wang” sebelum dia tambah, “Ini rasuah, saya rasa.”
“Ya”, saya mengulas untuk memberi tafsiran yang lebih jelas berhubung definisi rasuah. Menolong orang tanpa syarat adalah sejenis kebajikan, orang yang layak dan memerlukan akan mendapatnya. Tetapi apabila bantuan itu bersyarat, malah perlu dibalas sebagaimana yang ditetapkan, misalnya mengundi calon atau parti tertentu, maka ia adalah rasuah.”
Saya sambung berlari-lari anak.