会员   密码 您忘记密码了吗?
1,470,375 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > ULAMA PATANI: KETOKOHAN DAN KEILMUAN
ULAMA PATANI: KETOKOHAN DAN KEILMUAN
上一张
ULAMA PATANI: KETOKOHAN DAN KEILMUAN
下一张
prev next

ULAMA PATANI: KETOKOHAN DAN KEILMUAN

出版社: Penerbitan UKM
出版日期: 2016
商品库存: 缺货
市场价格: RM50.00
本店售价: RM45.00
用户评价: comment rank 5
购买数量:
collect Add to cart Add booking
详细介绍 商品属性 商品标记

 Penerbit: Penerbitan UKM

Mukasurat: 374 mukasurat

Tahun terbitan: 2016

Bahasa: Bahasa Malaysia

 

Ulama merupakan kelompok penting dalam masyarakat. Mereka merupakan golongan yang dihormati dan disanjung tinggi lantaran ilmu yang dimiliki dan usaha bakti yang dicurahkan dalam melahirkan generasi berilmu dan beramal saleh. Kewujudan mereka telah mempengaruhi kehidupan sesebuah masyarakat itu. Ramai tokoh ulama besar lahir pada setiap zaman dalam sesebuah kelompok masyarakat, namun maklumat tentang diri, pemikiran dan peranan mereka itu tidak ditonjol dengan sewajarnya. Hal ini akan memberi kesan kepada masyarakat dalam melahirkan generasi cemerlang pada masa akan datang.  Pada dasarnya, pembentukan ulama Patani banyak dipengaruhi dan ditentukan melalui pendidikan yang dilalui, para guru yang banyak mengasuh dan kitab-kitab yang dipelajarinya. Buku ini tampil membicarakan secara khusus mengenai ketokohan ulama Patani yang menjadi sebahagian daripada ulama Alam Melayu. Perbincangan menyentuh pelbagai sudut kehidupan iaitu riwayat hidup, pemikiran, sumbangan dan penglibatan ulama dalam masyarakat. Antara tema-tema yang terpilih termasuklah pembentukan ulama Patani daripada perspektif sejarah; pengajian akidah, hadith dan tasawuf perundangan Islam; pemikiran, dakwah dan politik dan Bahasa dan kesusasteraan.   Penulisan yang dimuatkan dalam buku ini dihasilkan dari sudut pandang peneliti yang banyak membuat kajian terhadap ulama Patani yang terdiri daripada peneliti Patani sendiri juga di luar Patani.   Mudah-mudahan ketokohan dan kehebatan ulama-ulama silam Patani, sama ada untuk diketahui oleh masyarakat dunia Melayu mahupun dunia antarabangsa yang lain akan terserlah. Semoga dengan terlahirnya buku ini akan menambahkan lagi kefahaman dan kecintaan masyarakat terhadap peranan dan sumbangan ulama.