会员   密码 您忘记密码了吗?
1,501,858 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 红蜻蜓 > 绘本系列 > 红蜻蜓原创绘本 > (Malay) Huha! Huha!
(Malay) Huha! Huha!
上一张
(Malay) Huha! Huha!
下一张
prev

(Malay) Huha! Huha!

作者: 许友彬
出版社: 红蜻蜓出版社
商品库存: 10
市场价格: RM32.00
本店售价: RM28.80
促销价: RM27.20
剩余时间: 请稍等, 正在载入中...
购买数量:
collect Add to cart

您可能也会喜欢下列商品


详细介绍 商品属性 商品标记

Pengenalan

 
 
Melalui buku ini, kami berharap dapat mencapai 3 objektif utama, iaitu menggalakkan interaksi antara ibu bapa dan anak,
 
merangsang keseronokan membaca, serta melatih kemahiran berfikir kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak, kecerdasan minda atau keupayaan berfikir adalah lebih penting berbanding dengan pengetahuan.

Oleh itu, kami mencadangkan 3 langkah membaca bersama antara ibu bapa dan anak, iaitu membaca, tanya dan berhenti.

Baca teks dengan kuat, mengajukan soalan dalam buku kepada anak, dan berhenti sebentar sebelum beralih ke halaman berikutnya.

Langkah “Berhenti” ini bertujuan memberi masa untuk kanak-kanak berfikir,
 
dan ibu bapa harus mendengar jawapan anak dengan sabar.

Tiada jawapan yang betul atau salah bagi soalan-soalan dalam buku ini.
 
Tidak kira apa jawapan yang diberi, jawapannya adalah terbaik.

Walaupun jawapan yang kanak-kanak berikan mungkin tidak praktikal, tetapi kreativiti mereka harus dihargai.

Soalan-soalan dalam buku ini telah dirancang dengan teliti demi melatih kemahiran berfikir kanak-kanak.
 
Soalan-soalan tersebut mendorong kanak-kanak untuk berfikir dari 3 sudut,
 
iaitu menganalisis dan menilai, menjana idea dan mencipta, dan yang terakhir menyelesaikan masalah.

Jawapan dalam buku ini hanya sebagai rujukan, bukan jawapan muktamad.

Beritahulah kanak-kanak bahawa setiap soalan atau masalah yang ditemui
 
mungkin mempunyai pelbagai jawapan dan jalan penyelesaian.

Sekiranya ibu bapa membiarkan anak menerokai jawapan hanya berdasarkan gambar, maka objektif buku ini tidak akan tercapai.

 

Sinopsis
 
 
Buku cerita ini mengisahkan seekor anak harimau bernama Huhu yang berani merentasi bukit dan
 
menyeberangi sungai, demi memetik buah manggis untuk Mamanya.

Sepanjang perjalanannya, Huhu bertemu dengan haiwan-haiwan kecil yang menghadapi kesukaran.
 
Huhu cuba membantu, tetapi tidak berjaya.

Pengembaraan Huhu untuk memetik buah manggis penuh dengan cabaran.

Walau bagaimanapun, selepas menghadapi cabaran-cabaran itu,
 
Huhu yang sebelum ini hanya pandai mengaum “Huha! Huha!”, nampaknya kini semakin matang.

 

作者简介 / Mengenai Penulis dan Pelukis
 
 
 
Khor Ewe Pin dilahirkan di Kedah, Malaysia pada tahun 1955.

Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis semasa kecil,
 
tetapi apabila dewasa, beliau menjadi seorang penulis sastera kanak-kanak.

Pada tahun 2020, beliau berjaya mempelajari ilustrasi digital, hasil kuarantin di rumah demi pencegahan wabak.

Penerbitan buku ini telah memenuhi impiannya selama ini untuk menjadi seorang pelukis.