商品介绍
Penerbit : Kala Pubishers Sdn Bhd
Halaman : 90 m/s
Penulis : Eddin Khoo
Tahun Terbitan : 2020
Dwibahasa / Bilingual (BM & English)
'Rukunegara—Selayang Pandang' tidak bermaksud untuk menjadi suatu sejarah atau tafsiran mengenai Rukunegara yang berwibawa. Ia adalah rangkaian renungan disamping menganyam naratif peristiwa dan musyawarah yang terjadi dalam pembentukan Rukunegara, sebaris prinsip kebangsaan kita.
Bio Pengarang
Eddin Khoo, seorang penyair, penulis, penterjemah, wartawan dan pensyarah bebas adalah Pengasas-Pengarah PUSAKA, sebuah pertubuhan yang terlibat dalam seni persembahan dan budaya tradisional di Malaysia. Selain hasil tulisannya yang diterbitkan di suratkhabar dan penerbitan antarabangsa, beliau juga merupakan penterjemah puisi Goenawan Mohamad dan Latiff Mohidin. Kini dia mendukung tanggungjawab sebagai penyunting utama penerbitan seluruh kesemua hasil karya ayahnya Sejarahwan Negara mendiang Khoo Kay Kim. Eddin adalah pengarang bersama The Spirit of Wood, sebuah buku mengenai ukiran kayu Melayu dan penyunting bersama Ib: A Life, autobiografi seniman tersohor Malaysia Ibrahim Hussein. Eddin Khoo pernah bertugas sebagai wartawan kanan di suratkhabar The Star, komentar politik Asia Tenggara Australian Broadcasting Corporation dan kini menyumbang kepada suratkhabar mingguan The Edge.
'Rukunegara—A Brief Introduction' is not intended to be an authoritative history or interpretation of the Rukunegara. It seeks to provide a series of impressions and weave a narrative of the events and deliberations that went into the making of the Rukunegara, our national principles.
Author's Bio
Eddin Khoo is a poet, writer, translator, and journalist. He is the founder of PUSAKA, one of the region's leading cultural centres. He is presently compiling and editing the complete writings of his late father, the Malaysian historian Khoo Kay Kim.
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
"Buku ini merupakan satu peringatan buat anak-anak Malaysia bahawa kepelbagaian adalah kekuatan negara. Bagi menjaga keseimbangan dan kestabilan kaum yang sedia terbina, maka amat penting untuk kita berpegang kepada tiang-tiang Rukunegara."
Zakri Mohd Khir
Ketua Pegawai Eksekutif
Allianz Malaysia Berhad