会员   密码 您忘记密码了吗?
1,576,540 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > TAWARIKH MELAYU DAN MELAKA | AHMAT ADAM
TAWARIKH MELAYU DAN MELAKA | AHMAT ADAM
上一张
TAWARIKH MELAYU DAN MELAKA | AHMAT ADAM
下一张
prev next

TAWARIKH MELAYU DAN MELAKA | AHMAT ADAM

作者: Ahmat Adam
出版社: SIRD
出版日期: 2021
商品库存: 20
市场价格: RM38.00
本店售价: RM34.20
促销价: RM33.44
剩余时间: 请稍等, 正在载入中...
购买数量:
collect Add to cart
详细介绍 商品属性 商品标记

 Penulis :  Ahmat Adam

Penerbit : SIRD

ISBN : 9789672165910

Tahun : 2021

Beli di Shopee.

 

“...penerbitan esei-esei ini juga digerakkan oleh rasa tidak senang penulis terhadap beberapa orang yang berlagak sarjana ilmu tawarikh tetapi menulis hal-hal dongeng ciptaannya sendiri yang didakwanya sebagai sejarah, tanpa mengemukakan dalil sahih yang menjadi landasan penulisan ilmu tawarikh atau ilmu sejarah.”


Dalam karya terbarunya ini, Prof. Emeritus Ahmat Adam membincangkan zaman silam Melaka dan kaitannya dengan tawarikh bangsa Melayu. Esei-esei yang terkumpul dalam buku ini adalah hasil daripada penyelidikan beliau, dan antara topik yang dibincangkan ialah penaklukan kesultanan Melayu Melaka oleh bangsa Portugis, perihal Laksamana Melaka yang bergelar Hang Tuha (bukan “Tuah”), dan warisan budaya Nusantara seperti ilmu huruf serta hubungannya dengan permasalahan dan makna huruf al-Qur’an yang sangat mempengaruhi para sarjana zaman dahulu.

Datuk Dr. Ahmat Adam ialah Profesor Emeritus dalam bidang Ilmu Sejarah yang mula bergiat menulis sejak 1970an. Lulusan dari School of Oriental & African Studies ini telah menghasilkan 19 buah buku ilmiah, termasuk antaranya, Hikayat Raja Pasai (SIRD, Petaling Jaya, 2019), Hikayat Hang Tuha (Atau Hikayat Hang Tua) (SIRD, Petaling Jaya, 2018), The New & Correct Date of the Terengganu Inscription (SIRD, Petaling Jaya, 2017), Suara Minangkabau (Penerbit Universiti Malaya, 2012), Letters of Sincerity: The Raffles Collection of Malay Letters (1780 – 1824) A Descriptive Account With Notes and Translation, MBRAS, Kuala Lumpur, 2009), Sejarah Awal Pers dan Kebangkitan Kesadaran Keindonesiaan (Hasta Mitra & Perwakilan KITLV, Jakarta, 2003),  dan resensi terbaru Sulalat u’s-Salatin (Yayasan Karyawan, Kuala Lumpur, 2016) yang berasaskan naskhah Krusenstern, yang kini tersimpan di Perpustakaan Arkib Naskhah-Naskhah Oriental di St. Petersburg, Russia.