>
马来西亚出版品 >
文运书坊 >
文运 Malay Books >
MALAYSIA-INDONESIA : NARASI-NARASI LINTAS BUDAYA DAN NEGARA商品介绍
Kata Pengantar oleh Farish A. Noor
Penyunting: Muhammad Febriansyah & Haris Zuan
Koleksi esei-esei di dalam buku ini merupakan sebuah cerminan hubungan inter-personal yang rumit namun mengikat kita yang mendiami ranah ini. Ia menawarkan sebuah kilasan terhadap dunia dalaman Asia Tenggara di mana idea kepemilikan bersama masih wujud, meskipun tidak semestinya diartikulasikan melalui perbendaharaan kata mencerminkan hal tersebut. Kualiti organik esei-esei ini – memandangkan ianya datang dari hati dan sangat dekat dengan pengalaman kita sehari-hari, kerinduan dan keresahan – menunjukkan kedudukannya sebagai suara pinggiran (subaltern) sebenar, iaitu mereka yang tidak semestinya berada di pusat kekuasaan atau yang memegang kuasa, tetapi hidup mereka dibentuk oleh kuasa – ekonomi, politik, diplomasi. Oleh itu, ia mencerminkan kehidupan sebenar masyarakat Asia Tenggara saat ini.
Farish A. Noor
Nanyang Technology University, Singapore
Muhammad Febriansyah, pensyarah sains politik di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia. Sebelumnya pernah menjadi pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik, dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (2013-2015).
Haris Zuan, felo penyelidik di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Minat kajian beliau tertumpu dalam bidang identiti politik, politik identiti, gerakan sosial, regionalisme dan dasar awam