商品介绍
Pemimpin yang terbaik tahu cara untuk berkomunikasi secara jelas dan persuasif. Bagaimanakah prestasi anda berbanding dengan mereka?
Jika anda tidak membaca apa-apa bahan lain tentang komunikasi efektif, bacalah koleksi 10 artikel ini. Kami telah meneliti beratus-ratus artikel dalam arkib Harvard Business Review dan memilih artikel yang paling penting untuk membantu anda meluahkan idea anda secara jelas dan penuh impak – tidak kira apa-apa situasinya sekalipun.
Pakar terkemuka seperti Deborah Tannen, Jay Conger dan Nick Morgan memberikan fahaman dan nasihat yang anda perlukan untuk:
• Membentangkan idea cemerlang anda–dengan jayanya
• Menjalin hubungan dengan pendengar anda
• Mewujudkan kredibiliti
• Memberikan inspirasi kepada orang lain untuk melaksanakan visi anda
• Menyesuaikan diri dengan gaya pembuatan keputusan pihak berkepentingan
• Merangka matlamat yang berkisar pada kepentingan bersama
• Membina konsensus dan meraih sokongan